Dec 31, 2011

#7 2012 New life begin :)

helo guys. haha rindu aku tak oi? hehehehe. biggrin jarang dah aku update status kan. hehehe bukan ape. takde idea. kalau bia blog nih berbulu semun berbulan best sikit banyak kenangan. haha korang faham tak maksud aku? aiyaa. haha. baiklah2. straight to the point! heeee.
2012. hahaha. aku ingatkan aku akan akhiri zaman 2011 dengan status single. wahh rupa rupa nya tidak. sudah ku temui pengganti mfn. memang dia tidak sehandsome mfn. dia tidak seromantik mfn. pendek kata, dia memang berbeza dengan mfn. tapi, yelah. lain lelaki lainlah cara dia layan awek kan? haaa. takpe. aku tetap sayang dia. walaupun dia suka tinggal aku macamtu aje. hmm. eh nama dia. haha. nak tahu? ceyy add lah aku kat facebook hahaha. baiklah aku bagik nama pendek je. mizi. haha alaa. nama panjang buat ape. korang pun tak nak tahukan? aku je sebok bagik tau. hahahaa.
ok. about 2012. act, aku belom ready nak masok form3. aku masih nak kenangan dulu kembali. hm. aku belom puas nak nak jadi budak form2. aku rindu kenangan kat smk mj. terlalu banyak memory aku kat sana. haa esok aku adalah calon PMR 2012. ahh stress tau tak? sebab parents aku mintak aku score straigth A's. apa tuh? hmm aku ni dah lah last year tak belajar. langsung tak study. macam mana nak score A's semua? aiyo. memang tension giler. hehh. tapi ape pon, aku cube je buat. haha mana tahu berjaya. who knows kan? believe on Allah. yeahh <3 baiklah. penat tangan tulis tak berhenti hehehe baibai. eh sebelom terlupa, selamat datang 2012. be nice to me okay? Jyeahh haha. semoga 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin. take care peoples.
assalamualaikum.wink

Dec 12, 2011

#6 single and i miss him, mfn :')

assalamualaikum. hekhek. alaa. lama lah tak update blog. gila. aku rindu pulak. hehe. lol eyy nak tanya ni. korang rindu aku tak? haha ek eleh cakap je rindu. hehe. baiklah. aku ni ada banyak cerita nak di ceritakan -.-" hee. baiklah. jom baca. wink


sekarang ini aku terpaksa hadapi hidup sebagai seorang wanita SINGLE. yeahh single. actually, memang best tapi yelah sunyi hati ini. wasehh hehe. kenapa boleh single? huaa. hmm aku nih bodoh sangat mintak putus. yelah kerana perasaan cemburu dan curiga. wait. wajarlah aku curiga. sudahlah aku dan dia memang tak betol hubungan lepas tu dia buang nama aku i mean alternate name kat facebook tu. itu kira okaylah lagi aku nak terima. tapi, boleh dia tukar password facebook dia. hah! siapa yang tak curiga. sedangkan aku tak pernah terfikir sekalipun nak tukar password facebook aku. walaupun masa tu hubungan aku dan dia tak betoi/tergantung. sedih tahu tak. lepas tu aku pun mintak lah putus. aku tak sebut perkataan putus lahh. aku bina ayat lain wasehh -.- dan kemudian selepas ituuuuuuu, aku tengok facebook dia. aku tengok aku tengok dekat siblings dia. alamak aii. kalau korang nampak hati aku masa tu perghhhh terbelah bercerai hancur berderai sedihh. aku tengok. eqah drahman (wife) nice one. sakit nye hati Allah je tahu. kemudian aku bukak lagi facebook dia, beberapa bulan kemudianlah. in a relationship. yeahhh wth yeahhh. aku redho je lah. memang mula mula nak terima kenyataan tu sakit. sebab dia pernah janji kat aku yang walau apapun terjadi dia takkan tinggalkan aku. yeahh terima kasih mfn sebab dah ajar aku supaya tak mudah percaya kat orang lagi :') anddd semoga bahagia dengan eqah. dia sesuai untuk awak. saya tahu itu.

pedih memang pedih. tapi, hehehe semuanya sudah berlalu. untuk apa disesali. okbye ily always ;'*
assalamualaikum.

Oct 11, 2011

#5 permintaannyaa

helo. hahah apa pulak ni? permintaannya? permintaan siapa pulak nihh? alaaa kecoh ahh -.- okayy mai mai aku cite kt korang. hohoh. okay korang tahu kan konflik yang sedang melanda aku dan kekasih hati aku? wasehhhh. hmm okayy. ari tu. aku tak ingat bila. lama dahh. bulan bulan yang lepas. dia ada suruh aku main piano. then aku main lah untuk memenuhi kemahuannya. kang merajuk kang susah nak pujok -.- thenn dia mintak aku mainkan dia lagu grenade by bruno mars. awww :t: aku cakaplah aku tak pandai. hehhh. dia senang senang je suruh aku carik kod piano lagu tuhh then belajar and main pakai dia. alamak bie. senang betol bie cakapkan? heh. okayy disebabkan aku sayang gilerr dekat dia ehek aku carilah. wow AKU JUMPA KOD TUHH AND SENANG PULAK TUHH. apa lagi. aku teruslah menerjah piano dan berlatihh. berlatih berlatih berlatih, akhirnya dapat jugak akuu main lagu tuu tapi tak sampai habis. setengah aje. hmm. aku cari masa yang sesuai untuk mainkan lagu tu kat dia even lagu tu tak habis. atleast adakan? hee. tapiii disebabkan telah berlakunya konflik diantara kami berduaa, aku tidak dapat lagi memenuhi permintaannya. segalanya terhenti disitu. aku teramat amat ingin memenuhi permintaannya. so, aku akan sedaya upaya untuk merekod lagu tuu and letakkan dalam blog. even dia tak tahu aku ada blog sekurang kurang nya aku dah penuhi kehendak dia. sorry. aku akan try buatt. okay sayang diaa emuahh haha alamak rengat betollah akuu. assalamualaikum :)

#4 kehilangan yang menyedihkan

assalamualaikum. apa kabar korang? sehat? baguslah. :) kalau tak sehat cepat cepat g klinik tauu. nanti terok pulak sakit nye. ala perhatian nye akuu walawehh. alamak! tajuk aku hari ini lain lah. yerr ye ke? hahah. andaian aku je lah. hmm hari ini tajuk kita memang lain. "kehilangan yang menyedihkan". huh. aku tak sampai hati lah nak cerita tapii cerita je lah. okayy.
kat sekolah aku ada cikgu. yeahh mestilah ada kan? dia ni ketua guru disiplin sesi petang. nama dia Pani bin Aben. dia ni kann even aku baru 2bulan kat sekolah tuu dia memang seorang yang baik, kelakar, sporting, otak gila gila walawehh. kalau masa BM memang sumpah sumpret seronoklah. mesti banyak ketawa kami disebabkan kerenah dia yang memang GILER hahah. dia ni boleh lah garang tapi garang nye bertempat lahh. dia suka sindir sindir orang. hahah memang hobi diaa. hmm tapikan hari ini kami dapat berita yang amat MENGEJUTKAN, MEMERANJATKAN, dan semestinya MENYEDIHKAN. nak tahu apa? hmm dia telah kembali ke rahmatullah. aku tahu Allah sayangkan dia lebih dari kita sayangkan dia sebab tu Allah ambik nyawa dia. masa aku tah dia dah meninggal tuu alamak aii memang aku tak percaya langsung. aku ingatkan bebudak main main je rupa rupa nyaa haiii betol betol ahh. aku sedihh. sedih sangat. terlalu cepat allahyarham meninggalkan kami. pelajar memang banyak layan feel lah tadi especially pelajar perempuan. andd ofcourse pelajar 2c dan kelas yang diajar oleh beliau memang merasa kehilangan. hmm siapa lah yang akan mengganti tempat beliau? hmm sedih bila diingat kembali tapi apa kan daya semua itu takdir Allah SWT :") setiap yang hidup pasti akan kembali. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman. Aminn.

Oct 9, 2011

#3 kawan dan kekasih?

hai assalamualaikum. okay now aku nak post about KAWAN DAN KEKASIH? wahh hm. actually, aku tak ada idea sangat nak post benda macam nih tapi entahlah kenapa tangan aku gatal sangat nak taip taip benda cam nihh -.-
okayy korang ada kawan tak? semestinya ada kan? hmm ada kekasih tak? wahh tipu sangat tak ada. heheh. okayyy. sekarang aku nak tanya, bagi korangkan mana lebih penting? kawan atau kekasih? alaa. bagi aku erm erm entahlah. aku pun tak tahu aa. bagi aku dua dua penting. tapi SIAPA LEBIH PENTING? alamak susah kan nak pilih mana satuu. ada orang cakap kawan penting lagi tapi sebelah pihak pulak cakap kekasih penting lagii. wahh gua tension kalau macam nihh. tapi masing masing ada pendapat sendiri right? hehh. okay honestly aku macam nihh. bila aku ada problem dengan kengkawan mula lah aku anggap yang kawan itu macam alaa susah lah nak explain. nanti korang penin kepala pulak. okay aku try explain kann. bila aku ada problem dengan kawan or family aku ke atau siapa siapalah semestinya orang yang aku luahkan masalah adalah kekasih aku. yeahh. bagi aku bila dah luahkan masalah lega jugak perasaan. masa tulah aku akan anggap kekasih penting lagi dari kawan. TAPI bila aku ada problem dengan couple aku alamak mak aii. kawan lah tempat aku mengadu nasibb. ehh dan pada masa tu jugak aku anggap kawan penting lagi. tapii korang sama jugak kan macam aku? hmm korang faham tak apa aku cakap tadi? hahah penat aku perah otak akuu fikir macam mana nak explain. tapi, ada kaitan ke semua tu tadi? alaaa bikin serabut pulak post aku nihh. okaylah susah susah aje. ALLAH lebih penting dari kawan, kekasih dan segalanya. ada masalah, luah je kat dia. dia tak pernah khianat kita, selalu ada bila bila masa kita nak kan dia. dia tak curang kat kita, kita je curang kat dia. hmm easy right? tak payah susah susah pikir kawan ke kekasih lebih penting. okay chow, nak makan dulu assalamualaikum :)

#2 kita jumpa lagi

heheh haii alamak. lama lah aku dah tak update blogger. rindu aku tak? hihihi. okay. susah lah nak story pasal hidup aku. walawehh :face65: kalau aku cerita punn tak best sangat. bosann :face50:
haa okay aku storyy. aku dah jumpa balik dengan buah hati pangeran jantung kesayangan akuu. mak aii. siapa? heheh miss KHAIRANI IZZATI anak RAMLEE ohyeahhh
:9: buuu aku ingat dia dah lupa kat aku. rupanya tak. hahah dia cakaplah. tak tau betol tak betol. heheh lantak arr. janji dia cakap dia ingat akuu :25::25: rindu lahh nak lepak lepak dengan diaa. hmm. aishh bytheway dia dah putus lah dengan couple dia. siapa? hah zulkarnain lerr :face56: kenapa? haa tu aku tak tahu. tak tanya pun. tak nak menyebok. bia lah kalau dia sudi dia akan cerita sendiri kat akuu. aku nak tahuu jugak. hahah. hmm okay dah. tamat sudah cerita si kontot ituu. sekarang cerita apa pulak korang nak dengar? kisah cinta aku? alamak aii. malash lahh. hohoh. dah takda apa apa yang best lagii. buuu :d: huahuahua! tak lucu. hmm tentang kawan? uwaaderr entahlah. tak ada idea langsung nak post pasal KAWAN. maaf :face12: kalau ada idea nanti adalah aku post. lama jugak dah tak update blog hehh kering pulak idea akuu. walawehh okaylah. chow dulu. assalammualaikumm :face28:

Sep 16, 2011

#1 all about boys

okayy hai. kita berjumpa lagi. haha. okay. now aku nak tanya korang, korang suka laki yang macam mana? adakah pelembut, i meann dia tak agresif. bukan PONDAN okay. or memahami? atau sweet? yeahh semestinya kan kita wanita ni nak lelaki yang sweet, romantik, baik, understanding, yang akan melindungi kita walau dimana kita berada, seoarang yang tidak PLASTIK or FAKE, and banyak lagikan? hehe. kalau aku listkan sampai esok pun takkan habis cerita aku ini. haiyaaaa :face30: okay. tapi ciri yang paling paling penting semestinya SETIA and JUJUR. right? haa. okay. aku nak tanya ni, seandainya korang dapat lelaki yang cepat marah then ego and kuat cemburu TETAPI setia, jujur dan sayang sangat sangat kat korang haa. apa yang akan korang lakukan? adakah korang akan putuskan dia, atau lanjutkan hubungan atau biarkan ia tergantung? haa kalau korang tanya aku, aku akan tinggalkan dia. kenapa? sebab aku tak suka lelaki ego. haha. and cuba korang fikir kalau dia tetiba je tengok korang dengan lelaki lain even itu adalah orang yang dia kenal, haa plus dia cepat marahh. adoii kan lain pulak kang jadinya? tak ke tetiba je nanti mungkin kena maki oleh dia, atau kena highfive dekat pipi. korang tahan ke? kalau korang jawab TAHAN, aku respect koranglah. tapi aku yakin 99% korang tak akan tahan. siapa tahan lelaki macam tuhh? aishh :4: even dia jujur dan setia dekat kita sorang tapi kuat cemburu, bagus tak payahlah korang pilih dia. cepat cepatlah putus. tapi, aku tak paksa korang lah. itu ups to yourself. alaa speaking pulak akuu. haha okaylah. nanti aku update lagi. okaybye :face75: fikir fikirkan erkk :a1: